Tuesday, 15 March 2016

Kisah Cinta Pertama

13.03.2016, Ahad

Hari ini hari bahagia kau setelah 10 tahun berlalu akhirnya kau mengikat tali perkahwinan dengan sang isteri yang baru beberapa ketika dikenali. Ternyata jodoh itu unik. Yang kita kejar dan sanjung-sanjung semakin menjauh dan yang dinanti tak kunjung tiba, namun yang tak disangka datang menyapa sehingga hilang lenyap segala harapan pada sang kekasih yang ditunggu. Itulah jodoh, datang pada waktu dan ketika yang tidak disangka-sangka dan dengan orang yang tidak pernah kita fikirkan.

Ternyata jodoh kau sampai dulu. Tahniah dan syukur kupanjatkan tatkala setelah beberapa tahun kita tidak bersua akhirnya pada hari bahagiamu aku dapat juga hadir menyaksikan penyatuan dua hati yang selama ini kita sering bualkan. Janji aku tepati. Walau siapa pun antara kita yang akan menikah dahulu, kita tetap akan meraikan satu sama lain. Ternyata melihatmu bahagia adalah sebahagian kebahagianku. Melihatmu senyum adalah sebahagian ketenanganku. Wahai cinta pertamaku, aku tinggalkan majlismu dengan sebuah doa agar kau sentiasa bahagia dan senaskhah kalam agar kau sentiasa di bawah rahmatNya.

Wahai cinta pertamaku, kulewati 10 tahun perkenalan kita dengan menyusuri sepanjang perjalanan pantai, mencari di mana tempat untuk kubuang segala kenangan indah itu tapi aku gagal. Aku hanya mampu melihat ombak yang menyapa dan angin yang berlalu seperti mengingatkan aku bahawa kenangan itu tetap tinggal kenangan. Ternyata hari ini aku hanya sekadar terkenang, dan bukan mengulanginya. Hanya sebaris senyuman mampu kuluahkan saat aku menyedari yang aku kini sedang menghadap realiti.

Wahai cinta pertamaku, memiliki kau sebagai kenangan cinta pertamaku adalah hal yang terindah. Mendoakan kebahagianmua adalah kewajipanku. Melupakanmu dalam hayat ini pastinya tidak kerana suatu waktu dulu kau pernah ada dalam kamus hidupku. Terima kasih wahai cinta pertamaku, kita membawa haluan hidup sendiri tanpa sebarang dendam. Terima kasih wahai sang kekasih, pencinta, sahabat dan teman. Doakan jua kebahagian aku =)

C.U.D.I.P.T.A
10 tahun berlalu (03/2006 - 03/2016)

Sunday, 31 January 2016

Gunung Nuang, Selangor

 Hiking Dec 2015 (12.12.2015)

(acara penutup untuk tahun 2015 hehehe)

Tuesday, 20 October 2015

Trip to Gunung Chemendong

Bismillahirrahmanirahim.....

Alhamdulillah setelah beberapa ketika memenuhi jadual hidup yang agak padat dan busy dengan travelling  dari terengganu-kuantan-johor bahru-kuantan-terengganu dalam masa seminggu dua ini atas beberapa urusan dan komitmen kerja dan akhirnya baru hari ini berkesempatan untuk menulis serba sedikit tentang pengalaman mendaki Gunung Chemendong pada hari Sabtu yang lepas iaitu 10 Oktober 2015.  Kalau dikira secara kasar, ini adalah gunung yang ke 10 aku panjat untuk tahun ini sahaja. Mungkin inilah orang-orang gunung kata, sakit yang dirindui. Dah tahu sakit tapi nak lagi dan nak lagi, Tak cukup seminggu turun gunung yang lepas, terus tanya lagi bila untuk next trip even sakit yang dapat masih bersisa.

Sepintas lalu tentang Gunung Chemendong, ianya merupakan antara tiga gunung yang berada di area Hutan Lipur Gunung Berlumut, Kluang, Johor. Gunung yang tertinggi di antara tiga gunung ini ialah Gunung Lumut iaitu 1010 Meter dari aras laut, diikuti Gunung Bukit Harimau dan Chemendong iaitu 846 Meter iaitu mengambil masa lebih kurang 4-5 jam perjalanan naik (15KM turun naik).  Bercerita tentang Gunung Lumut, pada tarikh dan waktu yang sama maka genaplah setahun yang lalu kami group Hikers Kental mendaki gunung tersebut dengan pengalaman senipis kulit bawang dibantu oleh guide yang otai kecil-kecik cili padi, walaupun agak berusia tapi lebih gagah daripada kami tahu :)

Untuk trip kali ini, group yang membawa kami (SAS Adventure) diketuai Saufi Ibrahim - first time aku join trip beliau and not bad everything sangat smooth and very recommended guide :) Next time mungkin akan follow trip2 beliau lagi in shaa Allah.  Haaaaa, dan yang bestnya, guide kami setahun lepas iaitu Abg Lan, turut menjadi guide kami pada kali ini. Yeay dan yang kelakarnya dia masih ingat aku sebab aku adalah team member yang paling pewai habis almaklumlah naik gunung kurang training memang macam itulah jadinya. Tapi aku salute kat beliau sebab dengan sabarnya menemani aku yang tengah injured turun dari gunung, sampai masa itu aku rasa nak merangkak je turun sebab terlalu sakit.

Menurut Abg Lan, kami merupakan group pertama yang mendaki gunung tersebut (legally) setelah ianya mula dibuka semula pada awal tahun ini. Secara tidak rasminya ianya sudah mula diteroka pada tahun 2012, jadi sebab itulah trek yang kami lalui agak sukar kerana masih baru dan beberapa orang daripada kami juga telah tersalah laluan menyebabkan kami terpaksa berpatah balik. Ini sangat kelakar kerana kami dengan yakinya melalui trek tersebut sewaktu perjalanan turun sedangkan itu adalah trek yang salah dan mujurlah tidak terlalu jauh kerana ia mungkin akan menyebabkan kami terus sesat, sobsss dan bayangkan waktu itu semua tenaga dan bekalan air sudah habis :(

To be continue.....



Thursday, 8 October 2015

Menyakiti @ Disakiti ???





Kalau baca pada tajuk post kali ini dan kalau ditanya apa jawapan korang, mesti korang tak nak kedua-duanya kan atau walau salah satu darinya. Siapa yang nak menyakiti apatah lagi disakiti. Aku tulis berdasarkan pengalaman. Tanpa kita sedar kita menyakiti orang. Dan memang kita akan sedar apabila kita disakiti. Setuju tak dengan aku.  Sakit?? Sakit memanglah sakit tapi korang kena kental dan redha kerana korang adalah insan terpilih untuk disakiti oleh seseorang hahaha. Kalau tak redha, maksudnya tak bersyukur dengan ujian Allah. Rasa sakit hati dan kecewa itu  kan Allah yang bagi sebagai salah satu ujian, juga tanda kasih sayangNya terhadap hamba-hambaNya yang terpilih.

Bagi aku hidup ini simple (baru aku rasa ianya simple sekarang setelah aku melepasi beberapa tahap penyeksaan dan penderitaan dalam fasa hidup aku yang lalu, haaaaa gituuu). Allah berikan kita ujian (disakiti, dikecewakan, diperlekehkan, dihina, dikutuk, diejek, dll) adalah kerana Dia tahu kita mampu. Jangan mengeluh dengan ujian yang sedikit itu. Jangan marahkan Allah kerana ujian tersebut (walau dalam apa bentuk sekalipun). Syukur, berdoa, kuat, kental, tabah, dan yakin yang ini hanyalah satu fasa dalam hidup korang di mana suatu hari nanti korang tidak akan berada lagi dalam fasa kepayahan ini.

Okay, sebenarnya aku tak tahu apa yang aku merepek di petang hari macam ini. Cuma aku nak expresskan perasaan dan pengalaman aku dalam bentuk penulisan. Manusia akan diberi pilihan, dua atau lebih dan tetapi kita harus memilih satu sahaja. Jika antara terpilih dan dipilih, kita mahu menjadi yang mana. Samada keduanya atau salah satu, kita tetap ingin menjadi pilihan yang terbaik bukan? Sama juga jika menyakiti dan disakiti, apakah kita boleh memilih? Sejujurnya tidak. Jangan sesekali memilih untuk menyakiti orang lain, apatah lagi membenarkan diri dengan senang lenang disakiti oleh sesiapa pun.

Orang cakap, kalau kita tidak mahu disakiti, jangan sesekali cuba untuk menyakiti sesiapun. Tidak kiralah walau dengan cara apa pun kerana ini melibatkan hati dan perasaan orang. Orang mungkin boleh lupa apa yang kita cakapkan tapi mereka sesekali tidak boleh lupa tentang rasa yang kita berikan kepada mereka. Rasa? ya seperti janji, harapan, rasa sayang dan apa-apa sahaja yang melibatkan sejenis benda yang bernama hati dan perasaan dan part ini memang aku paling pantang sekali sebab aku ini ialah spesis manusia yang berpegang pada kata-kata tahu.


Aku suka sekali untuk berkongsi satu ayat ini, satu ayat yang aku akan ingat sampai mati - Jika kamu memancing ikan, setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu, janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu saja kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup. Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang, setelah ia mulai menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya, janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja kerana ia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu.



Benda macam ini memang betul. Bukan bermakna kita tidak move on, bukan menjadi masalah untuk kita move on tetapi kerana parut yang ditinggalkan itu masih ada melekat dalam diri, dan parut itu akan kekal parut sehingga akhirnya, dia tidak akan kembali seperti asal. Jadi jangan bermain dengan hati. Lukanya lama, parutnya kekal. Kesannya sampai mati, memorinya selama-lama. Mungkin kita bahagia kerana mempermainkan perasaan orang. Ya, sebab kita tidak rasa apa-apa. Tapi jangan lupa, kelak kalau bukan kita, anak-anak kita atau sesiapun yang terpenting dalam hidup kita akan merasakan yang sama. Allah itu kan adil. Jangan seronok sangat buat orang takut nanti bila terkena pada batang hidung sendiri barulah tahu betapa langit itu rendah atau tinggi.



Okay, nampaknya penulisan aku telah tersasar dari luar kawalan emosi dan perasaan yang normal. Okay, cukup sampai di sini, cuma moralnya aku cuma ingin titipkan beberapa tips di mana kalaulah kita diberi pilihan antara keduanya, janganlah pilih even salah satu. Jadilah manusia yang berakal, bijaksana, matang kerana di akhirnya kita hanya menyiksakan hati kita dan hati orang lain sudah tentunya. Kalau dihimpit kesakitan dan kesakitan, bersabarlah dan terus bangkit kerana di setiap kepayahan itu pasti Allah janjikan kebahagiaan dan kesenangan, in shaa Allah jika kita bersabar dengan ujianNya. Wassalam.




Wednesday, 7 October 2015

Bukan Sekadar Diari !

In shaa Allah dalam blog ini, aku akan update semua pengalaman dan kisah aku sepanjang mendaki gunung sejak setahun setengah yang lalu, aktiviti-aktiviti dengan sahabat dan keluarga aku dan yang penting aku mungkin akan update semua business online aku dalam blog ini, orang putih kata all in one.  Ini akan memudahkan aku sebenarnya. Walaupun aku sekarang bakal berubah karier aku (in shaa Allah kalau ada rezeki) dan akan move ke suatu tempat baru, side business aku secara kecil-kecilan ini akan aku teruskan juga, cuma sekarang perlukan sedikit masa untuk bagi ruang kepada diri sendiri dalam menentukan hala tuju hidup selepas beberapa insiden pedih perit sedih dan bla2 dihadapi.  Btw no cry anymore, I am me cheers always =)





Cubaan Pertama =)

Ini adalah post aku yang pertama, saja nak suntik semangat menulis balik after several times cubaan untuk setup my new blog gagal.  In shaa Allah weekend ini aku akan update tentang pengalaman aku mendaki Gunung Chemendong, Kluang, Johor. Details berkenaan gunung tersebut akan aku tulis Sabtu ini.  Sekarang aku nak share beberapa gambar kenangan aku dan rakan-rakan semasa bercuti di Pulau Tioman, Pahang pada pertengahan tahun baru-baru ini. Untuk post di blog pada kali ini, aku akan cuba sedaya upaya untuk mengurangkan kesilapan penggunaan bahasa dan ejaan semasa menaip sama ada terlalu singkat ataupun bahasa rojak, memandangkan ini adalah satu latihan untuk aku sebelum aku menghadiri satu sesi praktikal untuk menjadi language teacher di sebuah private school (lokasi aku rahsiakan dulu setakat ini), apa-apa pun doakan aku berjaya ya !

           <<<<<<<<<<Tioman Island Trip 5-7 June 2015>>>>>>>>>>


Full of peaceful and precious moment to remember, spending time with lovely ladies and nature make us more appreciated everything belonging us. Lots of experience by snorkeling, hiking, running and swimming, hopefully will forever stay in our memories okay. Cc Jaja, Ieja, Wanie & Farhana <3 <3 <3


gambar dari atas mungkin lebih menarik !

gambar kaki adalah wajib bagi aku =)

favorite picture ever ^-^