Kalau baca pada tajuk post kali ini dan kalau ditanya apa jawapan korang, mesti korang tak nak kedua-duanya kan atau walau salah satu darinya. Siapa yang nak menyakiti apatah lagi disakiti. Aku tulis berdasarkan pengalaman. Tanpa kita sedar kita menyakiti orang. Dan memang kita akan sedar apabila kita disakiti. Setuju tak dengan aku. Sakit?? Sakit memanglah sakit tapi korang kena kental dan redha kerana korang adalah insan terpilih untuk disakiti oleh seseorang hahaha. Kalau tak redha, maksudnya tak bersyukur dengan ujian Allah. Rasa sakit hati dan kecewa itu kan Allah yang bagi sebagai salah satu ujian, juga tanda kasih sayangNya terhadap hamba-hambaNya yang terpilih.
Bagi aku hidup ini simple (baru aku rasa ianya simple sekarang setelah aku melepasi beberapa tahap penyeksaan dan penderitaan dalam fasa hidup aku yang lalu, haaaaa gituuu). Allah berikan kita ujian (disakiti, dikecewakan, diperlekehkan, dihina, dikutuk, diejek, dll) adalah kerana Dia tahu kita mampu. Jangan mengeluh dengan ujian yang sedikit itu. Jangan marahkan Allah kerana ujian tersebut (walau dalam apa bentuk sekalipun). Syukur, berdoa, kuat, kental, tabah, dan yakin yang ini hanyalah satu fasa dalam hidup korang di mana suatu hari nanti korang tidak akan berada lagi dalam fasa kepayahan ini.
Okay, sebenarnya aku tak tahu apa yang aku merepek di petang hari macam ini. Cuma aku nak expresskan perasaan dan pengalaman aku dalam bentuk penulisan. Manusia akan diberi pilihan, dua atau lebih dan tetapi kita harus memilih satu sahaja. Jika antara terpilih dan dipilih, kita mahu menjadi yang mana. Samada keduanya atau salah satu, kita tetap ingin menjadi pilihan yang terbaik bukan? Sama juga jika menyakiti dan disakiti, apakah kita boleh memilih? Sejujurnya tidak. Jangan sesekali memilih untuk menyakiti orang lain, apatah lagi membenarkan diri dengan senang lenang disakiti oleh sesiapa pun.
Orang cakap, kalau kita tidak mahu disakiti, jangan sesekali cuba untuk menyakiti sesiapun. Tidak kiralah walau dengan cara apa pun kerana ini melibatkan hati dan perasaan orang. Orang mungkin boleh lupa apa yang kita cakapkan tapi mereka sesekali tidak boleh lupa tentang rasa yang kita berikan kepada mereka. Rasa? ya seperti janji, harapan, rasa sayang dan apa-apa sahaja yang melibatkan sejenis benda yang bernama hati dan perasaan dan part ini memang aku paling pantang sekali sebab aku ini ialah spesis manusia yang berpegang pada kata-kata tahu.
Aku suka sekali untuk berkongsi satu ayat ini, satu ayat yang aku akan ingat sampai mati - Jika kamu memancing ikan, setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu, janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu saja kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup. Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang, setelah ia mulai menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya, janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja kerana ia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu.
Benda macam ini memang betul. Bukan bermakna kita tidak move on, bukan menjadi masalah untuk kita move on tetapi kerana parut yang ditinggalkan itu masih ada melekat dalam diri, dan parut itu akan kekal parut sehingga akhirnya, dia tidak akan kembali seperti asal. Jadi jangan bermain dengan hati. Lukanya lama, parutnya kekal. Kesannya sampai mati, memorinya selama-lama. Mungkin kita bahagia kerana mempermainkan perasaan orang. Ya, sebab kita tidak rasa apa-apa. Tapi jangan lupa, kelak kalau bukan kita, anak-anak kita atau sesiapun yang terpenting dalam hidup kita akan merasakan yang sama. Allah itu kan adil. Jangan seronok sangat buat orang takut nanti bila terkena pada batang hidung sendiri barulah tahu betapa langit itu rendah atau tinggi.
Okay, nampaknya penulisan aku telah tersasar dari luar kawalan emosi dan perasaan yang normal. Okay, cukup sampai di sini, cuma moralnya aku cuma ingin titipkan beberapa tips di mana kalaulah kita diberi pilihan antara keduanya, janganlah pilih even salah satu. Jadilah manusia yang berakal, bijaksana, matang kerana di akhirnya kita hanya menyiksakan hati kita dan hati orang lain sudah tentunya. Kalau dihimpit kesakitan dan kesakitan, bersabarlah dan terus bangkit kerana di setiap kepayahan itu pasti Allah janjikan kebahagiaan dan kesenangan, in shaa Allah jika kita bersabar dengan ujianNya. Wassalam.
No comments:
Post a Comment