Alhamdulillah setelah beberapa ketika memenuhi jadual hidup yang agak padat dan busy dengan travelling dari terengganu-kuantan-johor bahru-kuantan-terengganu dalam masa seminggu dua ini atas beberapa urusan dan komitmen kerja dan akhirnya baru hari ini berkesempatan untuk menulis serba sedikit tentang pengalaman mendaki Gunung Chemendong pada hari Sabtu yang lepas iaitu 10 Oktober 2015. Kalau dikira secara kasar, ini adalah gunung yang ke 10 aku panjat untuk tahun ini sahaja. Mungkin inilah orang-orang gunung kata, sakit yang dirindui. Dah tahu sakit tapi nak lagi dan nak lagi, Tak cukup seminggu turun gunung yang lepas, terus tanya lagi bila untuk next trip even sakit yang dapat masih bersisa.
Sepintas lalu tentang Gunung Chemendong, ianya merupakan antara tiga gunung yang berada di area Hutan Lipur Gunung Berlumut, Kluang, Johor. Gunung yang tertinggi di antara tiga gunung ini ialah Gunung Lumut iaitu 1010 Meter dari aras laut, diikuti Gunung Bukit Harimau dan Chemendong iaitu 846 Meter iaitu mengambil masa lebih kurang 4-5 jam perjalanan naik (15KM turun naik). Bercerita tentang Gunung Lumut, pada tarikh dan waktu yang sama maka genaplah setahun yang lalu kami group Hikers Kental mendaki gunung tersebut dengan pengalaman senipis kulit bawang dibantu oleh guide yang otai kecil-kecik cili padi, walaupun agak berusia tapi lebih gagah daripada kami tahu :)
Untuk trip kali ini, group yang membawa kami (SAS Adventure) diketuai Saufi Ibrahim - first time aku join trip beliau and not bad everything sangat smooth and very recommended guide :) Next time mungkin akan follow trip2 beliau lagi in shaa Allah. Haaaaa, dan yang bestnya, guide kami setahun lepas iaitu Abg Lan, turut menjadi guide kami pada kali ini. Yeay dan yang kelakarnya dia masih ingat aku sebab aku adalah team member yang paling pewai habis almaklumlah naik gunung kurang training memang macam itulah jadinya. Tapi aku salute kat beliau sebab dengan sabarnya menemani aku yang tengah injured turun dari gunung, sampai masa itu aku rasa nak merangkak je turun sebab terlalu sakit.
Menurut Abg Lan, kami merupakan group pertama yang mendaki gunung tersebut (legally) setelah ianya mula dibuka semula pada awal tahun ini. Secara tidak rasminya ianya sudah mula diteroka pada tahun 2012, jadi sebab itulah trek yang kami lalui agak sukar kerana masih baru dan beberapa orang daripada kami juga telah tersalah laluan menyebabkan kami terpaksa berpatah balik. Ini sangat kelakar kerana kami dengan yakinya melalui trek tersebut sewaktu perjalanan turun sedangkan itu adalah trek yang salah dan mujurlah tidak terlalu jauh kerana ia mungkin akan menyebabkan kami terus sesat, sobsss dan bayangkan waktu itu semua tenaga dan bekalan air sudah habis :(
To be continue.....
To be continue.....
gambo sikit leee
ReplyDeletehehehe nanti sambungan baru masukkan gamba =)
Deletegroup sy akan mendaki Gunung chemendong ni pada 23 & 24 July 2016...insyaallah...dh komfomkn dgn suafi.
ReplyDeletebaru naik chemendong 13 ogos 2016 , guide sopi dan mad gelimad
ReplyDeleteBaru lepas naik chemendong via sg yong...agak mencabar..15jam hiking turun naik(trmasuk slh jln)...trek pn baru..bnyk kene buat track baru
ReplyDeleteApakah sambungan nya....12/1 ni naik ngan team kerulz advent n muhun sambung
ReplyDelete